Apple Event 2024 perkenal iPhone 16 lebih awal daripada dijangka

TechnologyDigital
27 Aug 2024 • 8:07 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple menjadualkan satu majlis pelancaran pada 9 September 2024 (Isnin) jam 10 pagi waktu tempatan. Di Malaysia, kita boleh mengikutinya pada 10 September 2024 (Selasa) jam 1 pagi. Untuk rujukan, berikut adalah tarikh pelancaran 5 generasi iPhone sebelum ini:

  • iPhone 15 – 12 September 2023
  • iPhone 14 – 7 September 2022
  • iPhone 13 – 14 September 2021
  • iPhone 12 – 13 Oktober 2020
  • iPhone 11 – 10 September 2019

image is not available

Satu perkara menarik tentang Apple Event 2024 adalah, ia pertama kali diadakan dalam pada hari isnin sedangkan sejak iPhone pertama dilancarkan, ia pasti diadakan pada hari selasa. Pemerhati melihatnya sebagai untuk mengelakkan bertembung dengan sesi perbahasan calon presiden Donald Trump vs. Kamala Harris yang dijadualkan pada hari berikutnya.

Berbalik kepada Apple Event tadi, kita boleh nampak yang tema untuk tahun ini adalah "It's Glowtime" dan logo Apple direka dalam bentuk ikon siri sedang memberi repons. Ia mungkin ada kaitan dengan Apple Intelligent yang akan menjadi fokus kepada produk akan datang. Sebagai perbandingan, Apple Event 2023 menggunakan tema "Wonderlust" yang mungkin merujuk pada penghijrahan Apple daripada port Lightning kepada USB-C pada iPhone mereka.

Seperti biasa, kita boleh jangkakan siri iPhone 16 dilancarkan dan mengikut spekulasi, Airpods dan Apple Watch akan turut dilancarkan dalam majlis yang sama.

iPhone 16 di Malaysia 27 September 2024?

Jika kita mengikuti sifir pelancaran iPhone sebelum ini, pasaran Malaysia mungkin menyaksikan penjualan hari pertama iPhone 16 pada 27 September 2024 (Jumaat) iaitu minggu kedua selepas majlis di Cupertino, California ini tamat. Sebagai perbandingan, siri iPhone 15 dilancarkan pada 12 September 2023 dan mula dijual di Malaysia pada hari jumaat 29 September 2023 bulan yang sama.

Harga iPhone 16 di Malaysia

Buat masa ini kita masih belum ada harga rasmi penjualan iPhone 16 di Malaysia. Sementara menunggu, kita bolehlah wujudkan penanda aras berdasarkan iPhone 15 yang sudahpun hampir setahun berada dalam pasaran Malaysia.

iPhone 15

  • 128GB RM4,399
  • 256GB RM4,899
  • 512GB RM5,899

iPhone 15 Plus

  • 128GB RM4,899
  • 256GB RM5,399
  • 512GB RM6,399

iPhone 15 Pro1

  • 28GB RM5,499
  • 256GB RM5,999
  • 512GB RM6,999
  • 1TB RM7,999

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB RM6,499
  • 512GB RM7,499
  • 1TB RM8,499

Bacaan berkaitan