Apple HomePod dan HomePod Mini Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Bermula RM529

TechnologyDigital
10 May 2024 • 10:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas lebih enam tahun dilancarkan, Apple HomePod diumumkan akan memasuki pasaran Malaysia minggu lalu. Hari ini ia secara rasmi boleh dibeli menerusi stor atas talian serta penjual pihak ketiga Apple di seluruh negara. Turut boleh dibeli hari ini ialah HomePod Mini yang diperkenalkan pada tahun 2020.

image is not available

Kedua-dua speaker pintar ini menyokong ciri boleh dipadankan untuk sokongan audio stereo serta spatial yang disokong pada Apple Music. Kawalan suara boleh diberikan untuk melancarkan pelbagai perkhidmatan serta serasi dengan peranti berhubung (IoT) yang menyokong piawaian Matter. Ciri menarik lain ialah ia boleh mengesan suhu dan tahap gas karbon dioksida di udara.

Di Malaysia, Apple HomePod dijual pada harga RM1549 dalam warna hitam atau putih. Apple HomePod Mini pula pada harga RM529 dalam pilihan warna kelabu, biru, kuning, putih dan oren.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved