Apple iPad Air Kini Hadir Dengan Dua Pilihan Saiz – 11-inci dan 13-inci, Dikuasakan Cip Apple M2

TechnologyDigital
7 May 2024 • 10:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini mengadakan acara khas, dan mengumumkan penawaran tablet terbaru mereka, iaitu siri iPad. Peranti keluarga pertama yang diperkenalkan adalah iPad Air.

image is not available

iPad Air kini hadir dengan dua pilihan saiz – iaitu 11-inci dan juga 13-inci. Ia sekaligus memberikan pilihan kepada pengguna berasaskan keperluan, dan pada masa yang sama skrin bersaiz besar memberikan lebih ruangan dalam membuat tugasan.

Apple iPad Air ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple M2 – sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan 50% lebih pantas berbanding sebelumnya. Selain sokongan untuk tugasan yang lebih berkuasa, cip ini juga membolehkan pengguna menikmati sokongan grafik, selain ciri-ciri AI daripada pelbagai aplikasi untuk pembelajaran mesin.

image is not available

Dari segi pilihan storan, ia kini bermula 128GB, dan ditawarkan dengan pilihan sehingga 1TB. Melengkapkan ia juga adalah sokongan Touch ID, WiFi 6E, disamping sokongan kamera 12-megapixel dan rangkaian 5G.

image is not available

Apple iPad Air ditawarkan pada harga bermula RM2999 untuk model 11-inci, sementara model 13-inci pula ditawarkan pada harga bermula RM3999.

  • iPad Air 11-inci 128GB : RM2999
  • iPad Air 11-inci 256GB : RM3499
  • iPad Air 11-inci 512GB : RM4499
  • iPad Air 11-inci 1TB : RM5499

  • iPad Air 13-inci 128GB : RM3999
  • iPad Air 13-inci 256GB : RM4499
  • iPad Air 13-inci 512GB : RM5499
  • iPad Air 13-inci 1TB : RM6499