Apple Intelligence Akan Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta Bermula Oktober – Masih Tiada Pengumuman Untuk Bahasa Melayu

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 2:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ketika pengenalan iPhone 16 hari ini, pihak Apple mengumumkan kemaskini bersama sokongan kecerdasan buatan Apple Intelligence akan ditawarkan dalam bentuk beta bermula Oktober 2024 kelak, utnuk pengguna iPhone.

image is not available

Untuk peringkat pengenalan, Apple mengatakan ia akan hadir dengan sokongan bahasa Inggeris Amerika Syarikat, dan akan memperluaskan menawarkan sokongan untuk dialek Inggeris UK dan beberapa yang lain menjelang DIsember 2024 kelak.

Apple mengatakan mereka akan menambah sokongan untuk bahasa Cina, Jepun, Sepanyol, dan Perancis pada tahun 2025 kelak. Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah sokongan bahasa Melayu akan ditambah – sama ada bahasa Indonesia mahupun bahasa Malaysia.

Apple Intelligence boleh digunakan oleh pengguna iPhone 15 Pro, iPhone 16, iPhone 16 Pro, Mac M1 dan terkini, serta iPad yang menggunakan cip M1 dan terkini. Ia tidak diketahui sama ada versi beta pada bulan Oktober kelak akan menawarkan semua ciri yang pernah dipertontonkan, atau terhad kepada beberapa ciri sahaja.

Sama-sama kita nantikan pengenalannya pada bulan Oktober 2024 kelak.