Apple Intelligence Diaktifkan Ke Beberapa Lagi Negara Tetapi Tidak Di Malaysia

TechnologyDigital
12 Dec 2024 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menerusi iOS 18.2 yang diberikan semalam, Apple Intelligence kini secara rami boleh digunakan oleh pengguna yang tinggal di Kanada, Australia, New Zealand, Ireland, U.K., dan Afrika Selatan. Sebelum ini ia hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Penduduk negara lain perlu menukar bahasa peranti ke Bahasa Inggeris A.S untuk mencubanya.

image is not available

Sungguhpun begitu Apple Intelligence masih hanya menyokong Bahasa Inggeris di enam negara di atas. Sistem kecerdasan buatan Apple dilancarkan secara berperingkat dan skala lebih kecil jika dibandingkan dengan yang dilakukan oleh Google dan Samsung. Ini membuatkan pada hemat kami membuatkan pengguna di pasaran lain tidak menikmati ciri yang setanding walaupun memiliki peranti yang sama.

Apple Intelligence boleh gunakan pada iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved