Telefon dicuri ketika solat isyak, tok siak sebak geng surau kongsi duit belikan yang baru

LocalEntertainment
8 Dec 2024 • 4:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Telefon dicuri ketika solat isyak

Telefon dicuri ketika solat isyak membuatkan seorang tok siak tidak dapat melakukan rutin hariannya yang menghubungi keluarga di negara seberang memandangkan dia tidak mempunyai telefon lain.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Zayed, dia telah memuat naik momen sewaktu ahli jemaah surau membuat kejutan dengan menghadiahkan tok siak tersebut telefon baru.

@yedowski_

Our Siak, Wak Ismail. @SurauAlkauthar

♬ original sound - zayed. - zayed.

Telefon dicuri ketika solat isyak, tak dapat call keluarga di Indonesia

Menurutnya, tok siak dikenali sebagai Wak Ismail tinggal di sebuah bilik di Surau Al-Kautsar dan memang menjaga kawasan berkenaan sejak bertahun lama.

Telefon bimbitnya telah hilang sewaktu bilik yang dihuni dipecah masuk sewaktu sedang menunaikan solat isyak di surau.

image is not available

Telefon dicuri ketika solat isyak, geng surau buat kejutan kepada tok siak

Dapat dilihat Wak Ismail terkejut sewaktu bungkusan berisi telefon bimbit diletakkan di belakangnya ketika sedang duduk berkumpul bersama jemaah yang lain.

Dia yang nampak terharu sempat menitiskan air mata kerana tidak menyangka menerima hadiah yang cukup bermakna untuknya.

image is not available

Terima kasih orang-orang baik

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan terima kasih kepada orang-orang baik yang begitu prihatian dengan saudara sesama Islam.

Mereka juga akui bahawa membuat orang lain bahagia itu tidak susah dan sangat terharu dengan video yang dikongsikan itu.

image is not available

Kita pula ikut sebak tonton video ni

image is not available

Orang berbudi kita berbahasa

image is not available

Semoga hubungan silaturahim antara mereka terus berkekalan dan terus dipermudahkan urusan serta dimurahkan rezeki di masa hadapan.

Sumber: TikTok zayed.