Apple iOS 17 Dan iPadOS 17 Beta Pembangun Kini Tersedia Untuk Diuji

TechnologyDigital
6 Jun 2023 • 4:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada acara WWDC 2023 telah pun mengumumkan sejumlah perkara, termasuk penawaran iOS 17 untuk iPhone, dan juga iPadOS 17 untuk tablet Apple, iPad. Menariknya, kini selang beberapa jam selepas acara berkenaan, versi pembangunan awal untuk sistem operasi tersebut tersedia untuk para pembangun.

Para pembangun aplikasi kini boleh memuat-turun versi iOS 17 Developer Beta dan juga iPadOS 17 Developer Beta pada peranti masing-masing. Untuk mengaksesnya, para pembangun perlu mempunyai lesen pembangun dibawah Apple Developer Program.

Dengan langkah ini, para pembangun boleh mengoptimasikan aplikasi masing-masing sebelum pelancaran rasmi iOS 17 kelak.

Apple dijangka menawarkan versi beta terbuka untuk semua menjelang Julai kelak.