Apple M2 Ultra cip komputer peribadi paling berkuasa, boleh dinikmati pada harga serendah RM18,999

Digital
6 Jun 2023 • 3:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple sewaktu acara WWDC 2023 telah mengumumkan satu SoC yang dikatakan sebagai cip paling berkuasa pernah dihasilkan untuk komputer perbadi. M2 Ultra menyertai dua lagi cip sedia ada iaitu M2 dan M2 Max untuk memperkasa Mac Studio dan Mac Pro.

image is not available

Seperti M1 Ultra tempoh hari, M2 Ultra juga adalah hasil pelakuran dua cip M2 menggunakan teknologi UltraFusion. Sistem komputer akan melihat M2 Ultra sebagai satu cip.

image is not available

Beberapa nombor yang dikongsikan Apple sewaktu pembentangan adalah seperti M2 Ultra adalah 20% lebih berkuasa berbanding M1 Ultra. Bahagian GPU dan Neural Engine pula masing-masing 30% dan 40% lebih berkuasa. Tidak setakat naik taraf teras, kapasiti RAM Unified juga telah dipertingkat. M2 Ultra boleh menampung RAM sehingga 192GB ataupun 50% lebih besar berbanding sebelumnya.

Di atas sekeping cip M2 Ultra terdapat 24 teras CPU yang terdiri daripada 16 teras berprestasi tinggi dan 8 teras cekap tenaga. Untuk GPU, bilangan terasnya boleh mencapai sehingga 76 unit manakala untuk Neural Engine, cip ini mengandungi 32 unit teras.

image is not available

Dengan pelancaran M2 Ultra dan pengenalannya pada Mac Studio dan Mac Pro, maka selesailah penghijrahan Apple daripada produk Intel kepada produk hasilan sendiri.

Mac Studio yang diperkasa M2 Ultra boleh didapati pada harga bermula RM18,999 manakala Mac Pro pada harga bermula RM32,999.

image is not available