Apple iPad Pro M5 Tertiris Awal

TechnologyDigital
1 Oct 2025 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple iPad Pro M5 telah tertiris awal menerusi sebuah saluran YouTube sebelum ia dilancarkan secara rasmi oleh Apple. Dari segi rekaan iPad Pro M5 mengekalkan rekaan yang sama iaitu skrin 13″, dilengkapi hanya satu kamera di depan serta belakang dan juga tubuh yang nipis.

image is not available

Perbezaan hanya terletak pada penggunaan cip Apple M5 yang lebih berkuasa dengan memori pula meningkat ke 12GB berbanding 8GB pada model sebelum ini. Dalam ujian penanda aras Geekbench yang dilakukan, peningkatan prestasi 12% dicatatkan dalam ujian multi teras. Prestasi GPU pula 36% lebih pantas.

image is not available

Cip Apple M5 yang digunakan hadir dengan 9 teras CPU dengan konfigurasi 3 teras prestasi tinggi dan 6 lagi teras yang menjimatkan penggunaan tenaga. Masih tiada maklumat bila iPad Pro M5 akan dilancarkan tetapi dengan produk telah tertiris, ianya pasti akan tiba tidak lama lagi.