Siri Huawei Watch GT 6 Kini Di Malaysia –Harga Bermula RM999

LocalTechnology
29 Sep 2025 • 4:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Watch GT 6 kini rasmi di Malaysia dengan dua pilihan variasi. Ia dilengkapi teknologi terkini, rekaan moden dan bateri yang mampu bertahan sehingga 21 hari sesuai untuk pengguna yang mengamalkan gaya hidup aktif.

image is not available

Huawei Watch GT 6 Pro hadir dengan pilihan warna iaitu Black, Brown dan Titanium serta kerangka aloi titanium yang tahan lasak. Ia dilengkapi skrin AMOLED 1.47-inci (466 x 466 piksel) dengan kecerahan 3000 nits.

image is not available

Selain itu, teknologi bateri berasaskan silikon tinggi telah meningkatkan kepadatan tenaga sebanyak 37% yang membolehkan penggunaan sehingga 21 hari.

image is not available

image is not available

image is not available

Jam ini turut dilengkapi sensor ECG, suhu kulit, kadar denyutan jantung, barometer dan cahaya ambien bersama sensor TruSense yang lebih tepat untuk aktiviti berbasikal dan larian denai. Di samping itu, sistem penjejakan lokasi turut dipertingkatkan dengan paparan metrik seperti kecerunan semasa, purata dan julat kecerunan.

image is not available

Fungsi penjejakan kayuhan berkumpulan membolehkan pengguna melihat lokasi dan status ahli secara langsung. Ia turut menyokong sambungan ke sensor pihak ketiga seperti meter kuasa dan sensor kelajuan, serta dilengkapi meter kuasa maya terbina.

Antara ciri-ciri lain termasuk mod khas untuk pengguna kerusi roda, peta aktiviti golf dan sokongan menyelam sehingga 40meter mengikut piawaian EN13319.

image is not available

Jam ini juga kalis air IP69 dan 5 ATM namun tidak sesuai untuk mandi air panas. Dari segi sambungan, Watch GT 6 Pro menyokong NFC, GNSS pelbagai jalur, serta dilengkapi pembesar suara dan mikrofon untuk panggilan Bluetooth.

image is not available

Watch GT 6 hadir dalam dua saiz iaitu 46 mm dan 41 mm dengan skrin AMOLED beresolusi 466 x 466 piksel. Versi 46 mm menggunakan skrin 1.47-inci manakala versi 41mm pula 1.32 inci. Jam ini dibina dengan kerangka keluli tahan karat bersama pilihan tali Fluoroelastomer, kulit komposit serta Milanese untuk keselesaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Watch GT 6 dilengkapi pelbagai sensor seperti accelerometer, gyroscope, magnetometer, kadar denyutan jantung optikal, barometer, suhu dan cahaya ambien. Model 46 mm menawarkan bateri sehingga 21 hari manakala model 41 mm mampu bertahan 14 hari bergantung pada penggunaan.

image is not available

Sensor TruSense turut dipertingkatkan untuk aktiviti berbasikal dan larian denai dengan ketepatan kadar denyutan jantung sehingga 98%. Selain itu, ia kalis air 5 ATM di mana sesuai untuk aktiviti berenang. Ia menyokong NFC, Bluetooth 6.0 dan GNSS pelbagai jalur serta dilengkapi pembesar suara dan mikrofon untuk panggilan Bluetooth.

image is not available

Watch GT 6 kini dibuka untuk pratempahan dengan tawaran menarik.

image is not available

Model 46mm berharga RM999 untuk warna hitam dan RM1099 untuk warna hijau serta kelabu. Sementara itu, model 41mm berharga RM999 untuk ungu dan RM1099 untuk putih serta coklat.

image is not available

Watch GT 6 Pro pula bermula RM1299 untuk warna hitam dan coklat serta RM1999 untuk versi titanium. 

Setiap pratempahan disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM446 termasuk HUAWEI FreeBuds 6i dan langganan HUAWEI Health+ selama tiga bulan.