“Kenapa tak cerita perkara sebenar?” – PA Shuib Persoal Penjelasan Jep Sepahtu

Entertainment
7 Mar 2023 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelawak Jep Sepahtu baru-baru ini telah membuka mulut mengenai punca sebenar pengunduran Shuib daripada Sepahtu Reunion Live (SRL).

Menurutnya, Shuib tidak boleh menerima tindakan Astro yang telah menggantungnya selama dua minggu selepas membuat lawak berunsur lucah dalam program itu sehingga menerima kecaman ramai.

Susulan pendedahan itu, seorang rakan terdekat Shuib yang juga dipercayai pembantu peribadinya telah membalas kenyataan yang dimuat naik Jep di Instagram.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok, Shafiq Sharip memaparkan tangkap layar hantaran Jep dan mempersoal tindakannya kerana tidak menceritakan perkara sebenar serta menganggap hal itu seperti memburukkan sahabat sendiri.

Bukan itu sahaja, dia turut menyatakan sokongan kepada Shuib walau apa pun yang berlaku.

“Kenapa tak cerita perkara yang sebenar? Bersyukur Tuhan masih jaga aib dia tapi kenapa perlu burukkan sahabat sendiri demi kepentingan diri sendiri? Saya tetap ada belakang abang I know u brother,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, para peminat turut tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku antara kedua-dua pelawak ini. Netizen turut mengecam tindakan lelaki itu kerana dilihat menjadi batu api dalam persengketaan antara Jep dan Shuib.

image is not available

Terdahulu, Jep menyatakan kumpulan Sepahtu tidak pernah membuang Shuib dan juga berharap supaya pelawak berkenaan berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan pada waktu ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.