Apple iPhone 16 dan 16 Plus Terima Potongan Harga RM500 – Kini Bermula RM3499

TechnologySales & Promo
10 Sep 2025 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pelancaran empat model baharu Apple iPhone 17 awal pagi tadi, Apple Malaysia tidak lagi menawarkan iPhone 16 Pro dan 16 Pro Max di stor rasmi mereka. Yang kekal hanyalah iPhone 16, iPhone 16 Plus dan iPhone 16e. Tidak mengejutkan juga bermula hari ini harga jualan iPhone 16 dan 16 Plus menerima potongan RM500.

image is not available

Harga jualan baharu dan lama adalah seperti dalam carta di bawah. Siri ini kini boleh dibeli pada harga bermula RM3499 berbanding RM 3999 sebelum ini. iPhone 16 hanya ditawarkan dengan storan 128GB dengan model 256GB dan 512 GB dihentikan. Sementara iPhone 16 Plus pula hanya dengan storan 128 dan 256 GB. Tiada lagi pilihan 512GB seperti tahun lalu.

ModelHarga LamaHarga Baharu
Apple iPhone 16 (128 GB)RM 3999RM 3499
Apple iPhone 16 Plus (128 GB)RM 4499RM 3999
Apple iPhone 16 Plus (256 GB)RM 4999RM 4499

Jika anda mendambakan iPhone pada harga lebih mampu milik, sekarang ialah waktu yang afdal untuk membelinya.