Google hari ini hadir dengan sebuah penawaran pelan langganan baharu khusus memfokuskan negara membangun, dinamakan Google AI Plus. Google menawarkan akses kepada sejumlah ciri premium, tetapi secara terhad dan pada harga langganan lebih rendah.

Melalui Google AI Plus, ia menawarkan akses kepada model Gemini 2.5 Pro, kredit sebanyak 200 untuk penjanaan video di Flow, akses kepada penjanaan gambar ke video melalui Veo 2, sokongan Gemini di GMail, dan juga storan 200GB untuk Google Drive dan Photos.
Di Indonesia, para pengguna boleh melanggannya pada harga Rp75,000 iaitu sekitar RM19 sebulan. Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperluaskan penawaran ini ke negara-negara membangun yang lain.
Introducing Google AI Plus, our newest plan designed to empower people in emerging markets to do more with Google AI, for less.
With @Google AI Plus, you get more access to Gemini 2.5 Pro and creative tools like Flow, Whisk, and video creation with Veo 3 Fast. This plan also… pic.twitter.com/GFOPBcm7uC



