Apple Kini Menggunakan Kobalt Bateri dan Magnet Unsur Nadir Bumi 100% Dikitar Semula

TechnologyEnvironment
17 Apr 2026 • 12:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kelestarian sejak daripada awal lagi menjadi sasaran Apple. Operasi Apple Store global misalnya menggunakan sumber kuasa yang lestari dengan mereka sedang dalam proses menjadikan rantaian bekalan juga lebih mesra alam. Minggu ini Apple mengumumkan, 30% bahan kitar semula digunakan dalam semua produk mereka yang dikeluarkan tahun lalu.

image is not available

Sementara itu kobalt dalam semua bateri rekaan Apple, unsur nadir bumi dalam semua magnet dan Emas serta timah dalam papan litar kini menggunakan 100% bahan kitar semula. Malahan semua bahan— kitar semula atau tidak — adalah daripada sumber bertanggungjawab, dengan syarat ketat terhadap hak asasi manusia dan perlindungan alam sekitar.

Dalam penghasilan MacBook Neo, 60% komponen menggunakan bahan kitar semula, tertinggi dalam mana-mana produk Apple setakat ini. Reka bentuk baharu mengurangkan penggunaan bahan mentah sehingga 50% dan proses anodisasi aluminium menjimatkan air dengan 70% air dikitar semula.

Matlamat Apple menjelang 2030 ialah operasi menjadi neutral karbon sepenuhnya dengan semua penggunaan air di fasiliti Apple akan diganti sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved