Apple Akan Memperkenalkan Kemaskini Sekuriti Darksword Baharu Untuk iPhone Masih Dengan iOS 18

TechnologyDigital
1 Apr 2026 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lepas, perisian hasad Darksword telah ditemui, dan ia didapati boleh digunakan untuk menggodam peranti-peranti iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS18 dan ke bawah. Apple telah memperkenalkan kemas kini untuk peranti-peranti iPhone yang tidak boleh menaiktaraf sistem operasi mereka ke iOS 26 untuk memastikan peranti-peranti tersebut kekal selamat.

Untuk pemilik peranti iPhone yang boleh dinaiktaraf ke versi iOS 26 yang terbaru, Apple sebelum ini telah meminta mereka untuk menaiktaraf ke sistem operasi tersebut kerana ia terlindung daripada serangan Darksword tersebut, tetapi nampaknya ramai yang masih mahu menggunakan sistem operasi tersebut, yang dilancarkan pada tahun 2024.

image is not available

Terkini, laman teknologi Wired telah melaporkan bahawa pihak Apple telah memberitahu mereka bahawa Apple akan memperkenalkan kemas kini sekuriti baru untuk peranti-peranti Apple yang masih belum menaiktaraf ke sistem operasi terbaru tersebut untuk memastikan bahawa mereka juga kekal selamat daripada serangan Darksword.

Darksword merupakan sebuah perisian hasad yang mana apabila ia digunakan pada peranti yang tidak mempunyai kemas kini keselamatan yang sepatutnya, membolehkan penggodam untuk mencuri data pengguna daripada peranti iPhone dengan mudah.

Kemas kini sekuriti ini dibangunkan mungkin kerana laporan bahawa 1/4 daripada pengguna peranti iPhone hari ini masih lagi menggunakan sistem operasi iOS 18, dan belum menaiktaraf ke iOS 26 kerana mereka masih menggunakan peranti lama seperti iPhone X ataupun mereka tidak mahu menaiktaraf sistem operasi mereka buat masa ini.

Apple mengatakan bahawa kemas kini sekuriti ini akan diperkenalkan seawal hari ini, dan mereka yang mengaktifkan ciri kemas kini automatik boleh memuat-turunnya secepat yang mungkin.