Apple lancarkan Apple Pay Later, perkhidmatan hutang ansuran tanpa caj & faedah

Technology
29 Mar 2023 • 12:41 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple telah lancarkan perkhidmatan kewangan terbaharunya iaitu Apple Pay Later. Melaluinya, pengguna dibenarkan membahagikan pembelian kepada empat kali pembayaran selama enam minggu tanpa dikenakan faedah dan caj.

Pinjaman Apple Pay Later boleh dilakukan sebanyak USD50 (RM220.03) hingga USD1,000 (RM4400.50). Ia boleh diguna untuk pembelian dalam talian dan dalam aplikasi menerusi iPhone dan iPad yang menerima Apple Pay. Pengguna boleh jejak, urus dan bayar balik pinjaman Apple Pay Later dengan mudah di Apple Wallet. Di samping itu, setiap pembelian menggunakan Apple Pay Later perlu disahkan menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan.

Sebelum tarikh pembayaran tiba, pengguna akan menerima pemberitahuan melalui Wallet dan e-mel supaya mereka boleh rancang pembayaran dengan baik. Pengguna juga akan diminta untuk memautkan kad debit pada Wallet sebagai kaedah pembayaran balik pinjaman.

Namun buat masa ini, Apple Pay Later hanya tersedia di AS sahaja dan hanya pengguna terpilih yang dijemput boleh gunakannya di sana. Tapi dalam masa yang sama, Apple ada rancang untuk menawarkannya kepada semua pengguna yang layak dalam beberapa bulan akan datang.

Sebelum ini Apple Pay mula diaktifkan dalam beberapa penyedia servis perbankan di Malaysia, sekitar bulan Ogos 2022. Anda rasa, bila pula Apple Pay Later akan tiba di Malaysia? Adakah fungsi ini akan disediakan di Singapura dahulu sebelum ia tiba di Malaysia, sama seperti penggunaan Apple Pay? Jika Apple Pay Later ada di Malaysia, ia boleh jadi antara pilihan yang dipercayai untuk anda lakukan pembelian sekarang dan bayar kemudian selain Shopee SPayLater dan LazPayLater.

[Sumber: GSMArena, Apple]

[Sumber gambar: 9TO5Mac]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved