Apple masyhurkan iPhone 14 dalam warna kuning, adakah ini telefon baharu sultan?

Digital
7 Mar 2023 • 10:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple hari ini mengumumkan penyertaan satu warna baharu untuk barisan iPhone mereka iaitu warna kuning. Yang tak menariknya, ia cuma ada untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus sahaja

image is not available

Dengan warna baharu ini, ia jadikan iPhone 14 dan 14 Plus sekarang ditawarkan dalam 6 warna iaitu:

  • Yellow
  • Blue
  • Purple
  • Midnight
  • Starlight
  • Product (Red)

image is not available

Buat yang berminat untuk memilikinya, iPhone 14 warna kuning akan mula boleh ditempah pada 10 Mac 2023 jam 9 malam dan ia akan dijual bermula 14 Mac 2023 ini.

image is not available

Berikut adalah senarai harga iPhone 14:

iPhone 14

  • 128GB RM4,199
  • 256GB RM4,699
  • 512GB RM5,699

iPhone 14 Plus

  • 128GB RM4,699
  • 256GB RM5,199
  • 512GB RM6,199

Sumber: Apple