Apple Melangkau Nama Sistem Operasi Terus Ke iOS 26, iPadOS 26 dan macOS 26

TechnologyDigital
29 May 2025 • 7:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di WWDC pada bulan depan, skema penamaan semua sistem operasi produk Apple akan melangkau terus ke angka 26 menurut laporan Bloomberg. Nama yang akan digunakan kelak ialah iOS 26, iPadOS 26, macOS 26, tvOS 26, watchOS 26, dan visionOS 26 dan bukannya iOS 19, iPadOS 19, macOS 16, tvOS 19, watchOS 12, dan visionOS 3.

image is not available

Penamaan baharu ini adalah bagi menyeragamkan nama semua sistem operasi yang mengurangkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Ini jelas dapat dilihat pada nombor versi iOS dan visionOS yang terlalu berbeza. Angka 26 dipilih dan bukannya 25 (untuk tahun 2025) kerana kemas kini akan diberikan sepanjang 2026.

Ini ialah langkah yang kami rasakan berisiko tetapi perlu keran Apple mempunyai pelbagai sistem operasi yang perlu dibangunkan. Dengan hanya melihat angka yang digunakan, orang ramai boleh mengagak sama ada ia adalah versi terkini sistem operasi. Langkah ini sudahpun dilakukan oleh Oppo menerusi ColorOS yang menggunakan angka yang sama dengan versi Android yang digunakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved