Apple Memadam Sebuah Lagi Iklan Kerana Mengguris Perasaan Warga Thailand

TechnologyDigital
2 Aug 2024 • 5:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal tahun ini Apple memadam iklan untuk iPad Pro kerana dakwaan ia menghina golongan kreatif yang menggunakan alatan fizikal. Apple segera memohon maaf dan mengatakan bukan niat mereka untuk mengguris perasaan golongan kreatif. Hari ini mereka sekali lagi perlu memadam iklan baharu yang diterbitkan kerana didakwa memaparkan imej Thailand secara negatif.

image is not available

Iklan dengan tajuk The Underdogs: OOO (Out Of Office) sepanjang hampir 10 minit adalah kesinambungan kepada empat iklan yang diterbitkan sebelum ini yang menunjukkan bagaimana produk Apple boleh digunakan bagi tujuan produktiviti. Penggambaran dilakukan di Thailand menggunakan bakat tempatan.

image is not available

Tetapi warganet Thailand mengatakan babak di lapangan terbang, pengangkutan awam dan hotel memberikan imej stereotaip negara mereka kelihatan mundur. Sebelum ditarik, iklan ini telahpun ditonton lebih 9 juta kali di YouTube.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved