Apple Memfailkan Paten iMac Diperbuat Daripada Kaca Dengan AirPower Terbina

TechnologyDigital
13 Mar 2024 • 2:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple iMac baru sahaja dikemaskini dengan cip M3, tetapi ia masih model 24-inci yang sama dengan tahun lepas. Model lebih besar iaitu 27-inci masih tiada pengganti. Baru-baru ini Apple telah memfailkan paten untuk iMac yang digelar sebagai All Glass iMac.

image is not available

iMac ini direka untuk menggunakan bahan binaan kaca sepenuhnya dengan turut terdapat pemegang terbina untuk mudah ia dibawa ke mana-mana. Kaki iMac ini juga direka untuk tersembunyi agar pengguna boleh melihat skrin dengan lebih imersif. Menariknya, pada kaki iMac ini ia boleh mengecas Apple Watch, Airpods dan juga iPhone. Adakah Apple mengintegrasikan AirPower?

image is not available

Bukan itu sahaja, iMac ini turut menyokong skrin sesentuh dan stilus (mungkin Apple Pencil). Skrin turut boleh diputarkan atau juga dibaringkan secara rata untuk kebebasan pengguna. Jika iMac ini menjadi realiti, jenama ini mungkin melihat Microsoft Surface Studio sebagai pesaing.

image is not available

Paten iMac ini dikatakan telah didaftarkan sejak 14 tahun lepas. Cuma pada 7 Mac lepas, Apple telah mengemaskini dengan 20 paten baharu yang dibahagikan kepada tiga kategori. i) Kaki peranti, ii) Mekanisme boleh putar dan iii) Sistem cagak peranti.