
Ekoran isu kontroversi dirinya yang ditangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz baru-baru ini, aktres Ruhainies kini menjadi perhatian orang ramai yang masih menunggu penjelasan dari pelakon tersebut.
Langkah demi langkah
Terkini selepas memuat naik hantaran memohon maaf kepada orang ramai, Ruhainies berkongsi sebuah lagi hantaran mengatakan dirinya akan mengambil langkah demi langkah dalam menyelesaikan isu berkenaan.
One step at a time
View this post on Instagram

Sebelum ini, Ruhainies sempat tampil menegaskan ada kenyataan tentangnya yang kurang tepat dan meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan info yang salah di media sosial.
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz telah ditangkap oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah pada pagi Sabtu.
Mereka telah ditahan atas tujuan siasatan dan dibebaskan dengan jamninan pada pukul 2 hari yang sama. Selain itu, kedua-duanya bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.
Kes Tangkap Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf & Akan Beri Kenyataan - "Bukan Nak Tegakkan Benang Basah, Sekadar..."
The post “One Step At A Time..” – Masih Tiada Penjelasan Lanjut, Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Khalwat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


