Apple Memperkenalkan Cip Pemprosesan M2 Pro Dan M2 Max

TechnologyDigital
17 Jan 2023 • 10:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple hari ini memperkenalkan dua cip pemprosesan berkuasa tinggi terbaru mereka, masing-masing dikenali dengan nama Apple M2 Pro dan juga Apple M2 Max.

image is not available

Apple M2 Pro hadir dengan sokongan sehingga 12 teras CPU dan 19 teras GPU, selain sokongan sehingga 32GB memori.

Sementara Apple M2 Max pula menggandakan penawaran ini sehingga 38 teras GPU, dan menawarkan sehingga 96GB memori yang disatukan.

Dengan prestasi ini, cip ini menawarkan prestasi untuk melakukan tugasan yang lebih pantas berbanding dengan cip lain di pasaran – termasuk kadar menyatukan kod sehingga 25% ganda pantas berbanding M1 Pro.

Cip ini juga menawarkan Neural Engine 16-teras yang terbaru, serta prestasi 40% lebih pantas berbanding sebelum ini.

Cip baharu ini ditawarkan oleh Apple bersama komputer terbaru mereka yang dikemaskini, iaitu MacBook Pro dan juga Mac Mini.