Apple Memperkenalkan MacBook Pro 14-inci Dan 16-inci Baharu Dengan Cip Siri M3, Pilihan Warna Space Black

TechnologyDigital
31 Oct 2023 • 8:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan cip pemprosesan Apple M3 baharu, pihak Apple turut mengambil peluang untuk mengumumkan beberapa produk yang hadir dengan cip pemprosesan ini terbina – bermula dengan MacBook Pro.

image is not available

Apple MacBook Pro dengan skrin bersaiz 14-inci dan 16-inci kini hadir dengan pilihan cip baharu. Ini sekaligus membolehkan pengguna melakukan pelbagai variasi tugasan menggunakan komputer riba baharu ini – termasuk penyuntingan multimedia, pengaturcaraan, dan juga pelbagai perkara melibatkan kecerdasan buatan.

Apple mengatakan komputer riba baharu ini hampi 11 kali ganda lebih pantas berbanding model MacBook Pro berasaskan Intel. Ini sekaligus menjadikan ia antara pilihan baik bagi pengguna yang masih belum beralih dari model Intel sebelum ini.

image is not available

MacBook Pro dengan 14-inci dilihat akan hadir dengan cip bermula Apple M3, sementara MacBook Pro 16-inci hadir dengan cip bermula M3 Pro atau M3 Max.  

Dengan pengenalan ini juga, Apple turut mengumumkan penggunaan warna baharu untuk MacBook Pro – iaitu Space Black. Rekaan lain komputer riba ini dilihat lebih kurang sama seperti sedia ada di pasaran, tetapi membawakan penambah-baikkan pada spesifikasi dan penggunaan.

image is not available

Di Malaysia, MacBook Pro 14-inci dengan cip M3 dijual pada harga RM7499, cip M3 Pro pula bermula RM9999, dan cip Apple M3 Max pula bermula RM14,799.

Untuk model MacBook Pro 16-inci pula, harga bermula RM11,999 untuk cip M3 Pro, dan bermula RM15,999 untuk cip M3 Max.