Macbook Pro 14 & 16 M3 Malaysia: Harga rasmi lebih murah berbanding Macbook Pro M2

Digital
31 Oct 2023 • 11:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sejurus pelancaran Macbook Pro baru di acara Apple Scary Fast pagi ini, Apple Malaysia telah mengemaskini laman web dan memaparkan tawaran laptop terbaru mereka. Harga rasmi untuk Macbook Pro di Malaysia juga telah disenaraikan.

Bagaimanapun, tarikh jualan dan penghantaran masih tidak diberitahu. Di Amerika Syarikat, tempahan Macbook Pro baru ini telah dibuka hari ini dan mula dijual pada 7 November 2023. Jangkakan jualan di Malaysia berlaku selepas tarikh ini.

Harga Macbook Pro 14 & 16

Berikut adalah harga rasmi untuk Macbook Pro 14 & Macbook Pro 16 dengan kuasa baru cip Apple M3:

MacBook Pro 14

  • M3 8-Teras CPU + 10-Teras GPU, 8GB Memori, 512GB SSD RM7,499
  • M3 8-Teras CPU + 10-Teras GPU, 8GB Memori, 1TB SSD RM8,299
  • M3 Pro 11-Teras CPU + 14-Teras GPU, 18GB Memori, 512GB SSD RM9,999
  • M3 Pro 12-Teras CPU + 18-Teras GPU, 18GB Memori, 1TB SSD RM11,599
  • M3 Pro 14-Teras CPU + 30-Teras GPU, 36GB Memori, 1TB SSD RM14,799

image is not available

MacBook Pro 16

  • M3 Pro 12-Teras CPU + 18-Teras GPU, 18GB Memori, 512GB SSD RM11,999
  • M3 Pro 12-Teras CPU + 18-Teras GPU, 36GB Memori, 512GB SSD RM13,599
  • M3 Max 14-Teras CPU + 30-Teras GPU, 36GB Memori, 1TB SSD RM15,999
  • M3 Max 16-Teras CPU + 40-Teras GPU, 48GB Memori, 1TB SSD RM17,999

image is not available

Harga di atas adalah harga asas dan ia masih boleh dinaik taraf jika perlu. Contohnya untuk MacBook Pro 14, jika semua pilihan naik taraf diambil ia akan berharga RM29,599 iaitu M3 Max 16-Teras CPU + 40-Teras GPU, 128GB Memori dan 8TB SSD.

Untuk MacBook Pro 16 pula ia boleh dinaik taraf tertinggi berharga RM30,799. Ia dilengkapi cip M3 Max 16-Teras CPU + 40-Teras GPU, 128GB Memori dan 8TB SSD.

image is not available

Apabila sudah tersedia kelak, Macbook Pro 14 dan 16 dengan cip M3 baru ini boleh ditempah di laman web Apple Malaysia dan pengedar sah Apple. Untuk rujukan, Macbook Pro M2 dijual di Malaysia dari RM8,799 sebulan selepas ia dilancarkan.

Bacaan Berkaitan