Apple Menawarkan Dua Bulan Langganan Apple TV+ Percuma Sempena Dokumentari Selena Gomez

TechnologyDigital
7 Nov 2022 • 1:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple TV+ adalah platform penstriman video Apple yang menawarkan banyak kandungan filem, siri TV, animasi dan dokumentari. Kebanyakan kandungan di dalamnya adalah Apple TV Originals, tetapi ada juga yang dibeli dari studio lain.

image is not available

Harga langganan terkini adalah RM29.90, meningkat RM10 dari RM19.90 kerana kos pelesenan yang meningkat serta kandungan yang semakin banyak. Apple kini dilihat menawarkan langganan percuma untuk dua bulan sempena siaran dokumentari Selena Gomez‘My Mind and Me’ mengenai sejarah penyanyi, pelakon dan penerbit yang cukup popular ini.

image is not available

Langganan ini khusus untuk mereka yang belum melanggan Apple TV+ dan hanya melanggana Apple TV+ sahaja. Ia tidak boleh dilanggan oleh pelanggan Apple One, kerana caj berasingan akan dikenakan. Dengan langganan ini, pengguna akan menerima akses untuk lima orang tambahan melalui Apple Family tanpa sebarang caj tambahan.

Jika anda menerima langganan percuma ini, akses akan diberikan sehingga 6 Januari 2023 sebelum caj RM29.90 dikenakan. Tawaran langganan percuma ini juga terhad, kerana pada 2 Disember 2022 pautan untuk menuntutnya akan ditamatkan. My Mind & Me sudah pun disiarkan sejak 4 November lalu.