Apple Meneruskan Pembangunan Cermin Mata Pintar dan Apple Vision Lebih Mampu Milik

TechnologyDigital
12 Aug 2024 • 10:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple masih belum mengaku kalah untuk membangunkan set kepala Apple Vision yang lebih mampu milik. Menurut laporan Bloomberg pembangunan Apple Vision pada harga yang tidak memerlukan ginjal dilelong dan cermin mata pintar seakan Ray-Ban Meta turut sedang dilakukan dengan rancak.

image is not available

Laporan meramalkan Apple Vision mampu milik akan dilancarkan pada awal tahun 2025. Tiada sasaran harga diletakkan tetapi pastinya lebih murah berbanding Vision Pro yang harganya melangkaui RM16,000 sepasang. Pembangunan Vision Pro versi kedua juga sedang dilakukan tetapi ia bukan tumpuan utama pada ketika ini.

Seterusnya cermin mata pintar tanpa skrin juga akan dibangunkan dengan ciri mirip Ray-Ban Meta. Ini dilihat sebagai langkah pertama sebelum sebuah cermin mata pintar realiti terimbuh sebenar akan dikeluarkan di masa hadapan. Meta mendominasi pasaran cermi mata pintar di Amerika Syarikat pada ketika ini kerana ia dilengkapi kamera dan boleh memahami konteks apa yang dilihat menggunakan pembantu maya yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan Meta AI.