Apple Mengacah Pengumuman Mac Baharu Pada Minggu Hadapan

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple kini mengacah minggu yang penuh dengan pengumuman menarik pada minggu hadapan, dan dijangka akan lebih memfokuskan kepada komputer mereka, Mac. Perkara ini dikongsikan oleh VP Apple, Greg Joswiak.

image is not available

Walaupun tidak dikongsikan lagi apakah yang bakal diumumkan, namun mengikut sasaran ramai, Apple dijangka memperkenalkan siri Mac yang dikemaskini dengan cip Apple M4 terbaru. Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan penggunaan cip berkenaan melalui iPad Pro pada bulan Mei lepas.

Apple dijangka mengumumkan kemaskini kepada keluarga iMac, MacBook Pro, dan juga Mac Mini. Beberapa desas-desus turut mengatakan Mac Mini akan hadir dengan rekaan lebih kompak berbanding sebelum ini.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Apple.