Apple Mengalami Masalah Pada Pengeluaran Skrin iPhone 15 Pro – Penawaran Awal Mungkin Terhad

TechnologyDigital
21 Jul 2023 • 7:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple kini dilaporkan mengalami cabaran dalam pengeluaran iPhone 15 Pro dan juga iPhone 15 Pro Max – terutamanya melibatkan bahagian panel peranti yang hadir dengan rekaan bingkai lebih nipis, serta skrin lebih besar.

image is not available

Ia dikatakan rekaan bingkai nipis ini membawa kepada cabaran di bahagian pengeluaran, yang mungkin membawa kepada kelewatan peranti berkenaan dipasarkan secara meluas. iPhone 15 Pro Max dikatakan paling terkesan dengan pengeluaran ini berbanding model-model lain dibawah siri iPhone 15.

Apple dijangka akan meneruskan pengenalan siri iPhone 15 pada bulan September ini, tetapi penawaran awal mungkin terhad berbanding kebiasaan.

Sekiranya laporan ini tepat, maka tidak mustahil kita turut melihat penawaran awal iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max untuk pasaran tempatan turut terhad dan tidak seperti kebiasaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan peranti oleh Apple yang biasanya dijadualkan pada bulan September.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved