iPhone 16 Pro Max Dilaporkan Akan Mempunyai Kamera “Super Telephoto”

TechnologyDigital
19 Jul 2023 • 6:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini kedengaran ura-ura iPhone 15 Pro Max akan hadir dengan sistem kamera telefoto periskop buat pertama kalinya dalam sejarah Apple. Ciri yang kini menjadi standard pada peranti Android sejak seperti Huawei P30 Pro dan Galaxy S20 Ultra ini akan akhirnya membolehkan pemilik iPhone melakukan zum tahap tinggi yang lebih baik.

image is not available
Imej pengolokan kamera periskop iPhone

Tetapi menurut Digital Chat Station, pada iPhone 16 Pro Max kelak siste kamera “Super Telephoto” pula akan diberikan. Ia adalah peningkatan daripada sistem kamera iPhone 15 Pro Max tahun ini. Super Telephoto akan membolehkan kamera seakan mempunyai lensa 300mm. Pada waktu ini ia masih sekadar ura-ura.

Apple biasanya akan memberikan ciri baharu secara berperingkat. Jika kamera telefoto periskop digunakan tahun ini, kebarangkalian sistem zum lebih baik diberikan pada tahun seterusnya adalah agak rendah. Namun begitu ia masih berita baik bagi peminat Apple yang selama ini hanya mampu menikmati zum digital sehingga 15x sahaja dengan kualiti yang kurang baik.