
Apple berkongsi data terkini mengenai penggunaan versi iOS dan iPadOS di peringkat global hari ini. Sehingga 12 Februari 2026, 66% iPhone di seluruh dunia menggunakan iOS 26 dengan 24% menggunakan iOS 18 dan baki 10% lagi masih menggunakan iOS versi lebih lama. Sebanyak 74% iPhone yang dilancarkan sejak empat tahun lalu menggunakan iOS 26 dan 20% masih menggunakan iOS 18.

Pada iPadOS pula, 57% iPad menggunakan iPadOS 26 dengan 26% menggunakan iPadOS 18 dan baki 17% pula versi yang jauh lebih lama. Dalam kalangan iPad yang dilancarkan empat tahun kebelakangan ini, 66% menggunakan iPadOS 26 dan 28% menggunakan iPadOS 18.
Angka rasmi ini dikumpul Apple menerusi penggunaan App Store pada iPhone dan iPad di seluruh dunia. Ia adalah lebih tinggi berbanding laporan Statcounter bulan lalu yang mengatakan hanya 15% iPhone menggunakan iOS 26.

