Apple Mengurangkan Bajet Untuk Penggunaan AI Secara Dalaman Oleh Jurutera Pembangunan

WorldTechnology
5 Nov 2026 • 3:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Mengurangkan Bajet Untuk Penggunaan AI Secara Dalaman Oleh Jurutera Pembangunan

Apple kini dilaporkan mengurangkan bajet yang digunakan oleh pasukan jurutera dalam penggunaan AI bagi membantu dalam pembangunan. Mengikut laporan Bloomberg, Apple kini mengurangkan bajet penggunaan AI daripada $300 kepada $200 sehari, dan ia dijangka akan diturunkan kepada $100 sehari.

Untuk pasukan yang bukan terlibat dengan kejuruteraan, Apple dijangka mengurangkan had penggunaan serendah $25 sehari.

Seperti ramai sedia maklum, sejak ledakan kecerdasan buatan janaan, pelbagai syarikat telah mula mengintegrasikan penggunaan AI dalam tugasan dan kerja harian. Namun, dengan harga token yang semakin mahal, terutamanya untuk model termaju, ia membuatkan kos penggunaan turut meningkat. Ini sekaligus membuatkan pelbagai syarikat melihat kembali kepada kos yang dibelanjakan untuk penggunaan AI.

Selain Apple, beberapa syarikat lain turut dilaporkan telah mula mengehadkan penggunaan AI secara dalaman, dan mengurangkan penggunaan token AI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved