YouTube Dilihat Sedang Bereksperimen Dengan Ciri Sosial, Dinamakan “Tamba”

Technology
4 Nov 2026 • 1:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube kini dilihat sedang membangunkan ciri sosial baharu pada aplikasi mudah-alih mereka, dinamakan “Tamba”. Ciri ini dilihat hadir melalui pembangunan kod baharu pada aplikasi Android YouTube yang terkini.

Image from: YouTube Dilihat Sedang Bereksperimen Dengan Ciri Sosial, Dinamakan “Tamba”

Dilaporkan oleh AndroidAuthority, ciri baharu ini menawarkan sokongan sosial lengkap, termasuk dengan angka pengikut, sokongan DM, kebolehan chat berkumpulan, dan juga melakukan perkongsian. Ia turut dikatakan antaramuka yang akan dibawakan akan menyerupai lebih kepada Instagram, berbanding kepada YouTube untuk ciri Tamba ini.

Kod awal juga memperlihatkan fungsi ini lebih kepada eksperimental buat masa ini, dan belum disasarkan untuk pelancaran meluas kepada semua pengguna. Terdapat kemungkinan juga ciri ini sedang diuji secara dalaman melibatkan sejumlah kecil pengguna. Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah perkembangan lanjut, dan adalah Google sekali lagi akan bereksperimen dengan sokongan sosial selepas gagal dalam percubaan beberapa kali sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved