
Selain pengenalan model baharu iPhone 18 Pro dan juga iPhone Duo, pihak Apple kini turut mengemaskini harga jualan untuk model-model lama iPhone sebelum ini yang masih dijual secara rasmi, iaitu iPhone 17, iPhone 17e dan juga iPhone Air.
Semua model yang ditawarkan ditingkatkan harga sebanyak RM300. iPhone 17e kini ditawarkan pada harga RM3299 untuk model 256GB, dan RM4299 untuk model 512GB.

iPhone 17 pula kini ditawarkan pada harga RM4299 untuk 256GB dan RM5299 untuk 512GB. Sementara iPhone Air pula ditawarkan pada harga RM5299 untuk 256GB, RM6299 untuk 512GB dan RM8299 untuk model 1TB.
Peningkatan harga untuk produk Apple ini sedia dijangka ramai, selari dengan harga komponen yang meningkat naik pada peringkat global. Sebelum ini, Apple telah meningkatkan harga jualan beberapa produk mereka yang lain, termasuk komputer riba.
| Harga Lama | Harga Baharu | |
| iPhone 17e (256GB) | RM 2999 | RM 3299 |
| iPhone 17e (512GB) | RM 3999 | RM 4299 |
| Harga Lama | Harga Baharu | |
| iPhone 17 (256GB) | RM 3999 | RM 4299 |
| iPhone 17 (512GB) | RM 4999 | RM 5299 |
| Harga Lama | Harga Baharu | |
| iPhone Air (256GB) | RM 4999 | RM 5299 |
| iPhone Air (512GB) | RM 5999 | RM 6299 |
| iPhone Air (1000GB) | RM 6999 | RM 8299 |




