iOS 27 Boleh Dimuat Turun Pada 14 September

TechnologyDigital
10 Sep 2026 • 8:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iOS 27 Boleh Dimuat Turun Pada 14 September

Selain melancarkan iPhone Duo, iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max, Apple juga mengesahkan tarikh bila kemas kini iOS 27 boleh dimuat turun peranti Apple sedia ada. Pemilik iPhone global boleh mula memuat turun iOS 27 pada 14 September depan.

Image from: iOS 27 Boleh Dimuat Turun Pada 14 September
iOS 27

Seperti yang diumumkan di WWDC pada Jun lalu, iOS 27 membawakan ratusan ciri baharu, dan penambahbaikan berbanding iOS 26. Antaranya ialah Liquid Glass diberikan ciri untuk diubah mengikut kesesuaian pemilik. Tahap ketelusan cahaya diberikan dan bukan sekadar pilihan Liquid dan Tinted yang ditawarkan iOS 26.1

Ikon aplikasi ditambah baik untuk nampak lebih tajam dan jelas. Pelancaran aplikasi pula sehingga 30% lebih pantas dan bagi pengguna tegar AirDrop, proses pemindahan fail menjadi 80% lebih pantas. Bagi pengguna model iPhone lebih berusia, iOS 27 akan lebih responsif dengan kerana ia dioptimumkan dengan ciri penggunaan CPU yang lebih baik.

Image from: iOS 27 Boleh Dimuat Turun Pada 14 September

Satu ciri baharu yang pastinya menggembirakan mereka yang mempunyai dua iPhone ialah menggunakan satu nombor telefon pada dua peranti menerusi perkongsian dua eSIM. Apple mengesahkan 30 model iPhone akan menerima iOS 27 dengan senarai lengkap adalah seperti di bawah.

  1. iPhone 11
  2. iPhone 11 Pro
  3. iPhone 11 Pro Max
  4. iPhone SE (2nd gen+)
  5. iPhone 12 mini
  6. iPhone 12
  7. iPhone 12 Pro
  8. iPhone 12 Pro Max
  9. iPhone 13 mini
  10. iPhone 13
  11. iPhone 13 Pro
  12. iPhone 13 Pro Max
  13. iPhone 14
  14. iPhone 14 Plus
  15. iPhone 14 Pro
  16. iPhone 14 Pro Max
  17. iPhone 15
  18. iPhone 15 Plus
  19. iPhone 15 Pro
  20. iPhone 15 Pro Max
  21. iPhone 16e
  22. iPhone 16
  23. iPhone 16 Plus
  24. iPhone 16 Pro
  25. iPhone 16 Pro Max
  26. iPhone 17e
  27. iPhone 17
  28. iPhone Air
  29. iPhone 17 Pro
  30. iPhone 17 Pro Max
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved