
Awal pagi tadi Apple menjadi syarikat kedua selepas NVIDIA mencapai nilai pasaran $5 trilion. Saham syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs, Steve “The Woz” Wozniak dan Ronald Wayne meningkat ke $342.89 sebuah membolehkan nilai syarikat mencecah $5 trilion.

Tetapi seperti status trilionwan Elon Musk, nilai $5 trilion ini hanya dinikmati oleh Apple untuk seketika sahaja. Selepas dagangan saham ditutup, saham susut ke $340.08 sebuah dan meletakkan nilai pasaran semasa Apple sekitar $4.99 trilion.
Semalam Apple memintas NVIDIA sebagai syarikat dengan nilai pasaran tertinggi dunia. Sedang saham syarikat teknologi lagi jatuh merudum disebabkan ketidaktentuan perbelanjaan besar untuk membina infrastruktur pusat data, saham Apple meningkat kerana mereka tidak melakukan perbelanjaan besar yang sama.





