Apple hari ini mengadakan acara tahunan WWDC, sekaligus berkongsi sejumlah perkembangan melibatkan penawaran perisian dan sistem operasi yang akan menguasakan peranti-peranti keluaran mereka. Dengan langkah ini, pelbagai pembangun boleh bersedia dengan penawaran masing-masing apabila sistem operasi baharu diperkenalkan.

Bermula tahun ini, Apple kini telah beralih penggunaan angka versi untuk sistem operasi, daripada penggunaan nombor generasi, ia kin menggunakan nombor berasaskan tahun. Dengan langkah ini, memandangkan sistem operasi akan datang disasarkan untuk tahun akan datang, makan iOS akan menggunakan sistem operasi iOS 26.
Sama juga diikuti untuk iPadOS 26, macOS 26, watchOS 26, tvOS 26 dan juga visionOS 26.
Penggunaan angka juga diselarikan mengikut semua sistem operasi dan peranti, sekaligus memudahkan lagi pengguna mengetahui versi yang digunakan.
