macOS Tahoe 26 Ialah Yang Terakhir Menyokong Mac Dengan Cip Intel

TechnologyDigital
10 Jun 2025 • 7:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

macOS Tahoe 26 ialah versi terkini sistem operasi komputer Apple yang diumumkan awal pagi tadi. Seperti saban tahun, pengenalan sistem operasi baharu bermakna tiada lagi sokongan diberikan kepada beberapa model komputer yang sudah agak berusia. Apple mengesahkan macOS Tahoe 26 ialah sistem operasi terakhir menyokong Mac yang menggunakan cip Intel.

image is not available

Selepas ini, macOS 27 hanya akan menyokong Mac dengan Apple Silicon sahaja. Ini tidaklah mengejutkan kerana Apple sendiri telah menghentikan jualan Mac dengan cip Intel sejak beberapa tahun lalu.

Keperluan sistem operasi dan pemprosesan berbeza menyebabkan Mac dengan cip Intel tidak lagi akan menerima versi baharu. Tetapi seperti semua perkakasan mereka, Apple masih akan memberikan kemas kini tampalan sekuriti secara berkala.

Berikut ialah senarai Mac yang akan disokong macOS Tahoe 26.

  • MacBook Air dengan Apple silicon (2020 dan kemudian)
  • MacBook Pro dengan Apple silicon (2020 dan kemudian)
  • MacBook Pro (16″, 2019)
  • MacBook Pro (13″, 2020, 4x port Thunderbolt )
  • iMac (2020 dan kemudian)
  • Mac mini (2020 dan kemudian)
  • Mac Studio (2022 dan kemudian)
  • Mac Pro (2019 dan kemudian)