Apple Menjual Penyesuai Lightning Ke USB-C Dan Earpods USB-C Pada Harga Bermula RM99

TechnologyDigital
13 Sep 2023 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dengan kesemua iPhone 15 menggunakan USB-C dan masih ramai pengguna memiliki aksesori Lightning, Apple mula mengemaskini beberapa produk dengan port baharu ini. Untuk pengguna Apple, penyesuai USB-C ke Lightning rasmi mereka sudah mula ditawarkan menerusi gedung rasmi.

image is not available

Penyesuai USB-C ke Lightning ini dijual pada harga RM159. Ia hadir dengan wayar bersulam, terhad kepada warna putih sahaja, menyokong pengecasan, pemindahan data, audio dan turut boleh digunakan pada mana-mana iPad dengan USB-C.

image is not available

Turut mula dijual EarPods USB-C. Ia masih lagi set fon telinga yang sama seperti dahulu. Bermula dengan sambungan 3.5mm, kemudian dikemaskini kepada Lightning dan baru-baru ini dengan USB-C.

Ia adalah jenis separuh di dalam telinga, mempunyai butang kawalan, mikrofon terbina, menjanjikan audio yang baik dan dijual pada harga RM99. EarPods dan penyesuai ini boleh terus dibeli dengan penghantaran bermula 18 September.