Penyesuai USB-C ke Lightning Apple berharga RM159

Digital
13 Sep 2023 • 9:47 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain pelancaran produk-produk utama, Apple turut memperkenalkan jajan-jajan kecil yang hadir bersama produk-produk baharu Apple. Salah satu yang menarik, mungkin kelakar, adalah penyesuai USB-C kepada Lightning. Seperti yang anda tahu, iPhone 15 akhirnya menyisihkan jek Lightning untuk digantikan kepada USB-C dan untuk membolehkan pengguna yang ada kabel Lightning sedia ada, mereka perlu dapatkan penyesuai.

image is not available

Penyesuai berwarna putih yang hanya tukarkan 1 jek USB-C kepada 1 jek Lightning disenaraikan dalam laman rasmi Apple pada harga RM159. Memang harganya premium, tapi ia berikan rasa lega kerana ini adalah produk rasmi dan menerima sokongan rasmi daripada pengeluarnya.

Berdasarkan laman dokumentasi, penyesuai ini boleh menyalurkan sehingga 24W kuasa daripada pengecas dan boleh digunakan pada iPad dan iPhone. Daripada segi perpindahan data, ia mempunyai lebar jalur 480Mbps .

Dalam majlis pelancaran 12 September 2023, Apple melancarkan iPhone 15 dan Apple Watch. Anda boleh baca lebih lanjut dalam pautan-pautan di bawah.

Sumber: Apple

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved