Apple Mula Mengacah Pelancaran MacBook M5

TechnologyDigital
15 Oct 2025 • 11:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple diramalkan akan melancarkan Macbook baharu dengan cip Apple M5 menurut laporan Bloomberg. Bersamanya iPad baharu dengan cip yang sama juga bakal muncul dengan tablet ini telahpun tertiris sepenuhnya di Rusia. Pagi ini Greg Joswiak, timbalan presiden pemasaran di Apple memuat naik video acah di bawah mengesahkan pelancaran kedua-dua produk kini semakin hampir.

Jelas kelihatan sebuah komputer Macbook yang separa terbuka. Ia membentuk abjad V yang juga adalah nombor 5 dalam angka Romawi. Video acah belum lagi mendedahkan sebarang perubahan pada rekaan tetapi dijangka ia tidak banyak berbeza dengan rekanan MacBook Air dan MacBook Pro yang kekal sama sejak tiga tahun lalu.

Selain peningkatan kuasa memproses, cip Apple M5 diharapkan mampu memberikan lebih banyak penjimatan kuasa berbanding Apple M4. Tidak seperti di PC, Apple masih belum terjun sepenuhnya ke era kecerdasan buatan (AI) selepas isu dalam pembangunan Apple Intelligence sejak setahun lalu. Bilakah acara pelancaran ini akan dilakukan masih lagi misteri tetapi yang pasti ianya tidak lama lagi.