Perkhidmatan digital Apple yang paling popular adalah iMessage, kemudian iCloud. Untuk Apple Music dan Apple TV+ tidak ramai yang melanggan kerana perkhidmatan seperti Spotify dan Netflix telah mendominasi pasaran. Bulan lepas telah kami laporkan yang pelanggan sebulan Apple TV+ adalah lebih rendah dengan pelanggan harian Netflix. Universal Music Group pula mendedahkan yang terkini, Apple Music juga tidak mempunyai jumlah pengguna yang tinggi.

Universal Music Group atau UMG adalah antara label rekod terbesar dunia dalam laporan kewangan mereka menyatakan pendapatan dari platform penstriman muzik sangat perlahan. Apple Music dan Amazon Music pula antara platform yang tidak mendatangkan pelanggan baharu. Berbanding Spotify yang mempunyai lebih 220 juta pengguna, Apple Music dilaporkan hanya mempunyai 93 juta. Pegangan pasaran UMG turut menurun sehingga 30%. UMG menyatakan perkara ini hanyalah sementara tetapi pakar dalam industri pula tidak yakin yang kutipan pendapatan penstriman akan pulih dalam masa terdekat.


