Apple Music Diperlukan Untuk Muat Turun Muzik Apple Music Classic

TechnologyDigital
29 Mar 2023 • 1:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Music Classical hadir dalam aplikasi tersendiri dan tidak diintegrasikan dalam Apple Music kerana data-data seperti judul dan nama artis yang lebih panjang dan kompleks.

Platform penstriman muzik terbaru Apple ini memfokuskan kepada muzik instrumen klasik sahaja dan menyertakan artis seperti Ludwig van Beethoven, Frédéric Chopin dan Johann Sebastian Bach.

image is not available

Platform ini turut mempunyai lebih 5 juta rakaman karya baharu, karya agung, dan ribuan album. Seperti Apple Music ia turut menyokong audio resolusi tinggi nirhilang sehingga 192kH/24 bit dan Dolby Atmos serta audio spatial.

Banyak fungsi tidak disertakan dalam Apple Music Classical. Contohnya tiada tetapan boleh dilakukan dan tidak menyokong muat turun untuk pendengaran luar talian. Baru-baru ini Apple menjelaskan ada satu sahaja cara untuk anda memuat turun kandungan Apple Music Classical dan menikmatinya tanpa akses Internet.

image is not available

Cara ini adalah anda memerlukan aplikasi Apple Music. Pada Apple Music Classical pilih muzik, artis atau album yang diingini. Tekan “+” untuk tambah ke pustaka peribadi. Pilihan anda tadi akan diselarikan dalam Apple Music dan dari situlah anda muat turun untuk luar talian.