Apple Music Replay 2023 Kini Boleh Diakses

TechnologyDigital
29 Nov 2023 • 8:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hujung tahun tiba lagi dan kita sudah menghampiri 2024. Saban tahun pelbagai perkhidmatan akan menawarkan ciri melihat semula kegiatan sepanjang tahun dan Apple Music yang paling awal menawarkan Replay 2023 tahun ini. Menerusi Replay, pelanggan Apple Music boleh melihat lagu, artis, album, dan genre yang paling kerap dimainkan.

image is not available

Selain itu jumlah masa yang dihabiskan di dalam aplikasi turut dipaparkan seperti tahun ini. Ciri seakan Spotify Wrap ini boleh diakses pengguna dengan pergi ke tab Listen Now. Kemudian tatal sehingga ke bawah untuk butang khas Replay 2023. Pengguna kemudian akan dibawa ke sebuah laman web khas memaparkan statistik Apple Music mereka untuk tahun ini.

Masih tiada akses Replay terus dari dalam aplikasi seperti yang ditawarkan oleh Spotify. Mungkin ini akan hadir tahun depan pula. Apakah lagu paling banyak dimainkan untuk anda dan masa keseluruhan menggunakan Apple Music tahun ini?