Samsung Memperkenalkan Pelayar Web Untuk Pengguna Windows

TechnologyDigital
29 Nov 2023 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung sedia menawarkan pelayar web dinamakan Samsung Internet untuk para pengguna peranti mudah-alih mereka. Kini, memperluaskan penawaran pelayar web berkenaan, Samsung Internet juga telah mula ditawarkan untuk pengguna Windows.

Bagi para pengguna Windows, anda boleh ke Microsoft Store, dan memuat-turun Samsung Internet ini untuk digunakan bagi tujuan pelayaran.

image is not available

Pelayar web ini hadir dengan enjin Chromium, dan menyertakan sokongan seperti penghalang penjejak, penghalang iklan (perlu diaktifkan manual pada halaman tetapan), dan turut mengatakan ia memfokuskan kepada privasi.

Buat masa ini, cirinya tidak menyeluruh lagi seperti pada versi Android. Namun, tidak mustahil kita melihat Samsung Internet untuk Windows ini terus berkembang secara positif dari hari ke hari selepas ini.