Apple Music Replay Kini Boleh Diakses Setiap Bulan

TechnologyDigital
21 Feb 2024 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Music Replay adalah ciri merumuskan aktiviti pendengaran muzik pengguna sepanjang tahun. Ia adalah ciri lebih kurang sama dengan Spotify Wrapped. Tetapi sejak tahun lepas, Replay dilihat kerap muncul pada Apple Music berbanding sebelum ini hanya di hujung tahun. Terbaru, Replay telah diubah untuk menjadi rumusan bulanan.

image is not available

Replay bulanan dilihat memaparkan data yang lebih terperinci. Misalnya boleh akses mengikut bulan, ada senarai artis popular, lagu popular, album popular, pencapaian baharu setiap bulan serta aktivit senarai main dan lagu kegemaran. Laman Replay ini turut memberi akses untuk maklumat tahun lepas dan sebelumnya.

image is not available

Pada hemat saya ini adalah satu ciri yang baik kerana membolehkan pengguna melihat statistik pendengaran muzik sendiri dan mungkin boleh membantu untuk meneroka lagi ribuan pilihan lagu yang boleh dimainkan. Adakah anda mahukan Replay setiap bulan atau Apple patut keluarkan setahun sekali seperti Spotify Wrapped?

Jika anda berminat, layari replay.music.apple.com