Apple naikkan harga pelan Apple One sehingga 50% lebih mahal

Digital
25 Oct 2022 • 11:18 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas melancarkan siri iPhone 14, iPad dan iPad Pro dengan harga jauh lebih tinggi berbanding model sebelumnya, Apple kini secara diam-diam telah menaikkan harga untuk pelan Apple One mereka. Malah, ia kini lebih mahal sehingga 50% berbanding sebelumnya.

Perkara ini sepatutnya tidak mengejutkan peminat kerana telah menjadi kebiasaan untuk Apple untuk menaikkan harga produk mereka apabila kadar tukaran matawang Ringgit Malaysia kepada Dolar US meningkat. Satu-satunya produk baru Apple yang dilihat diturunkan harga adalah kotak media Apple TV.

Harga baru pelan Apple One

Berikut adalah harga baru Apple One di Malaysia serta kadar kenaikan harganya:

  • Individu – RM29.90 (beza RM10, naik 50.0%)
  • Keluarga – RM39.90 (beza RM6, naik 8.9%)
  • Premier – RM78.90 (beza RM9, naik 12.9%)

Kenaikan harga ini akan memberi kesan kepada pengguna baru dan pengguna sedia ada. Jika anda telah melanggan Apple One, anda akan dikenakan kadar baru ini dalam kitaran seterusnya.

Kalau anda tidak tahu perbezaan antara pelan ini, pelan Individu Apple One menyediakan gabungan langganan Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud+ 50GB. Pelan Keluarga (Family) juga menggabungkan langganan yang serupa tetapi iCloud lebih besar 200GB, tetapi boleh dikongsi bersama 5 lagi ahli kelaurga lain, menjadikan ia berguna untuk 6 orang.

Manakala pelan Premier, ia ditambah langganan Apple Fitness+ untuk peminat senaman dan kecergasan, serta saiz iCloud+ jauh lebih besar iaitu 2TB. Ia juga boleh dikongsi bersama 5 ahli keluarga lain.

Ketahui lebih lanjut tentang pelan Apple One di sini.

[Sumber: @xaviernaxa]

Bacaan Berkaitan