Apple Pernah Pertimbang Menawarkan iPad Pada Harga Rendah, Dengan Binaan Plastik

TechnologyDigital
25 Oct 2022 • 11:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple baru-baru ini telah memperkenalkan iPad generasi baharu, bersama sejumlah kemaskini – termasuk menggunakan pengecas USB-C. Apa pun, dengan peningkatan harga jualan iPad, ia dikatakan pengeluar peranti terkemuka dari Amerika Syarikat tersebut turut pernah pertimbang menghasilkan iPad pada kos rendah.

image is not available

Mengikut perkongsian di Bloomberg, Apple pernah mempertimbangkan iPad yang hadir dengan kerangka berasaskan plastik bersama-sama papan kekunci plastik yang ditawarkan bersama pembelian. Apple menyasarkan untuk menjualnya pada harga sangat kompetitif dan rendah berbanding penawaran mereka yang lain.

Namun, perkara tersebut tidak diteruskan.

Tetapi, sekiranya ia dihasilkan, Apple mungkin memposisikan ia untuk pelajar dan pengguna muda – sekaligus bersaing pada pasaran yang didominasi oleh Chromebook pada hari ini.