Apple One Mungkin Akan Menambah Perkhidmatan Pelatih AI Untuk Hidup Lebih Sihat

TechnologyDigital
16 Jan 2025 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jangan terkejut kalau nanti harga langganan Apple One akan menjadi semakin mahal. Menurut Mark Gurman, Apple mungkin akan menambah satu lagi perkhidmatan langganan di bawah berkas langganan ini dan ia akan berkait dengan teknologi AI generatif.

image is not available

Perkhidmatan ini dikatakan adalah pelatih senaman AI untuk memastikan pengguna hidup lebih sihat dan cergas. Walau bagaimanapun, masih tidak pasti jika ia akan hadir dalam aplikasi tersendiri atau dalam aplikasi kesihatan sedia ada seperti Fitness+.

image is not available

Pelatih AI ini turut dikatakan boleh membantu pengguna mendapatkan tidur yang lebih sihat. Data-data yang AI ini akan gunakan adalah berdasarkan apa yang Apple Watch telah rekodkan. Perkhidmatan ini dikatakan telah diuji dengan pelbagai situasi termasuk dengan menggunakan kamera iPhone untuk menjejak pergerakan atau menggunakan Apple TV dengan peralatan sukan pintar.

image is not available

Akan datang, Apple News+ turut akan dikembangkan ke lebih banyak negara. Mungkin nanti dengan langganan berita dan pelatih AI, Apple One akan menjadi berkas langganan lebih mahal. Adakah ia akan kekal berbaloi atau tidak? Sama-sama kita nantikan.