Photo by cottonbro from Pexels
Baru-baru ini, kita didatangi dengan satu cara pembayaran yang sangat dinantikan oleh penggemar jenama Apple, iaitu Apple Pay. Ianya adalah satu cara pembayaran alternatif selain membawa kad debit untuk transaksi tanpa tunai. Dengan hanya memasukkan maklumat bank dalam peranti anda, sentuh peranti seperti iPhone dan Apple Watch untuk bayar.
Ianya mendapatkan sambutan hangat di seluruh Malaysia, kerana ciri ini sudah ada lama dalam pasaran dunia sejak tahun 2014 lagi. Oleh kerana ada syarat tertentu untuk memastikan pasaran Malaysia berjalan lancar, perlukan kajian selama 8 tahun untuk pastikan ia menjadi realiti.
Namun begitu, ada juga cara lain yang efisien dan popular selain daripada Apple Pay. Di bawah adalah cara bayaran alternatif yang sangat popular di Malaysia:
E-dompet
Jenama yang terkenal seperti GrabPay, TnG e-Wallet dan Boost telah beroperasi sejak sebelum PKP lagi. Ianya terbuka juga untuk pengguna Android, di mana setiap peranti perlu daftar dan hubungkan dengan kad debit atau perbankan online untuk menambah nilai akaun e-dompet tersebut. Hanya imbas QR daripada peranti anda, dan semua sudah selesai.
Kad Debit
Ini adalah pelopor kepada pembayaran tanpa tunai. Hanya sentuh kepada terminal kad yang sedia ada di premis, dan terus resit dikeluarkan. Segala pembayaran akan ditolak daripada akaun bank peribadi anda.
Kad Kredit
Ini adalah salah satu pembayaran yang sangat popular. Ianya mempunyai kredit yang tertentu kepada jenis kad, maka hadnya adalah berlainan. Ini adalah salah satu pembayaran yang cepat, namun perlu digunakan secara berhemah.
Semua kaedah bayaran ini adalah memudah cari pembeli. Namun begitu, sebelum membeli, anda haruslah mempunyai kewangan sebelum membeli. Membeli lebih dari kemampuan mengakibatkan stres kepada kehidupan anda. Cara yang terbaik adalah tuliskan semua keperluan yang harus dibeli untuk masa sekarang. Dengan kesan kenaikan harga barang, ianya memberi impak besar kepada golongan berkeluarga tetapi berpendapatan rendah.
Ilmu kewangan adalah sangat perlu pada hari ini. Maka dengan ilmu ini, anda boleh dapatkan persediaan kewangan yang mantap pada masa hadapan.
Abdul Muhaimin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


