Apple Pencil Baharu Dengan Pengecasan USB-C Diperkenalkan – Berharga RM399

TechnologyDigital
17 Oct 2023 • 9:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini mengumumkan aksesori baharu untuk iPad, iaitu Apple Pencil yang hadir dengan sokongan USB-C untuk pengecasan. Pada masa yang sama, model ini hadir sebagai model paling berharga rendah berbanding dua lagi variasi Apple Pencil sedia ada di pasaran.

image is not available

Apple Pencil sedia digunakan ramai dalam membuat catatan nota dan lakaran pada iPad. Dengan model baharu ini, ia boleh digunakan pada semua iPad yang menggunakan sambungan USB-C.

Berbeza dengan sebelum ini juga, Apple Pencil ini mempunyai sebuah port USB-C khusus untuk tujuan sambungan kepada iPad, disamping untuk pengecasan. Sebaliknya, sekiranya disambungkan secara magnetik, ia akan memasuki mod tidur dalam menjimatkan bateri.

image is not available

Apple Pencil baharu ini boleh digunakan bersama semua model iPad yang mempunyai sambungan USB-C, termasuk iPad Pro, iPad Air dan iPad Mini.

Di Malaysia, Apple Pencil baharu ini disenaraikan pada harga RM399.